Monday, 3 September 2012

JOHOR Perlu Pembangunan Akar Umbi...


Assalamualaikum

Selamat Hari Merdeka ke 55 kepada semua rakyat Malaysia aku ucapkan. Hargai lah setiap perjuangan yang telah dibuat oleh pejuang2 terdahulu untuk memastikan generasi mendatang menikmati keindahan bumi tercinta ini, eratkan perpaduan sesama kita. Al Fatihah untuk pejuang2 negara.

Kemeriahan dan kerancakan saingan Era Piala Malaysia semakin terasa, kejutan demi kejutan telah tercipta. kemurungan dan kehampaan terus membelenggu skuad negeriku JOHOR yang kini lebih dikenali dengan gelaran "Harimau Selatan". Setiap perancangan telah di atur oleh pihak pengurusan namun kekecewaan yang menimpa. Itulah hakikatnya yang melanda pasukan JOHOR ketika ini. Aku perhatikan setelah perubahan pengurusan yang di terajui oleh TMJ amat baik sekali. Tiada lagi masalah peruntukkan kewangan yang dihadapi oleh persatuan.

Dengan ini aku berharap satu jawatankuasa ditubuhkan oleh persatuan untuk menjalankan program pembangunan dari akar umbi. Aku boleh kata, skuad yang dimiliki oleh pasukan JOHOR ketika ini kurang kualitinya. Letak jurulatih yang terbaik sekali pun, sekiranya produk kurang bermutu! negetif lah hasilnya. Ini terbukti dengan mutu permainan yang dipamirkan oleh setiap pemain, kesilapan demi kesilapan dari aspek individu teknik amat ketara sekali. Sebab itu persatuan perlu membuat program pembangunan dari peringkat akar umbi bagi memastikan lapisan pemain2 berkualiti tinggi dapat dilahirkan oleh negeri JOHOR.

Ini terbukti pada era 1980an dan 1990an negeri JOHOR berjaya melahirkan ramai pemain2 yang berkualiti tinggi seperti Nasir Yusof, Salleh Md Noor, Salehan Mat Som dan ramai lagi. Bagaikan sebuah kilang yang melahirkan produk2 yang berkualiti. Kumpulkan pemain2 “LEGENDA NEGERI JOHOR” ini duduk berbincang (Brain storming) untuk mencari kaedah terbaik demi pembangunan bola sepak negeri JOHOR. Aku doakan semoga pasukan negeri ku ini terus berjaya – “HIDUP JOHOR”

Sekian

1 comment:

  1. Mengenai pembangunan bola sepak negeri Johor, saya amat kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Johor FC pada suatu ketika dalam mencari bakat sampai ke estet-estet melalui program yang dikenali sebagai J-Kid. Ramai bakat-bakat negeri Johor terutamanya di kawasan luar bandar dan kampung-kampung berpeluang untuk pergi lebih jauh dengan pendedahan yang diberikan.

    Namun, saya tak tau apa cerita dengan program J-Kid ini sebab saya sudah berpindah dari negeri Johor.

    ReplyDelete