Asssalamualaikum
Minggu ini adalah minggu yang penuh dengan isu2 kotroversi dalam arena
bolasepak Negara. Bermula dengan keengganan FAM membuat bantahan kepada AFC
berhubungan dengan penyenaraian pemain Myanmar yang melebihi had umur di dalam
kejohanan Piala AFC bawah 22th. dan semasa Kongress ke – 48 FAM dimana FAM telah menggambil
keputusan untuk tidak menggubal Artikel 88 dalam Perlembangaan Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) itu yang menjadi perbualan hangat selepas penggantungan
Timbalan Presiden FAM.
Namun itu hanya harapan tinggal harapan. Umum semua sudah ketahui yang
FAM tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membuat bantahan sebagaimana
kehendak “pencinta bola sepak tanah air” kepada AFC dan pelbagai alasan yang
diberikan tetang penggubalan Artikel 88 oleh Setiausaha Agung FAM semasa
kongres kerana itu hanyalah isu2 remeh di mata orang2 FAM.
Apa yang lebih menarik untuk dipersoalkan ketika ini kepada FAM ialah
“KEMANA HALA TUJU “FAM” DALAM PEMBANGUNAN AKAR UMBI? Terutamanya diperingkat
umur bawah 10th. , ini yang aku ingin bertanya kepada FAM!, kerana apa yang aku
lihat tidak ada satu program yang disalurkan kepada persatuan negeri dalam
jangka masa 10 hingga 20 tahun dari sekarang! Dan yang paling menjadi persoalan
“Adakah FAM menyediakan satu kertas kerja (Blue PRINT) untuk diselaraskan oleh
Persatuan Negeri dengan perancangan pembangunan yang dirancang oleh FAM tentang
hala tuju bola sepak Negara pada masa hadapan". Ini yang menjadi tanda tanya?
Ini aku perkatakan kerana kita boleh lihat setiap persatuan negeri
akan menjalankan agenda pembangunan
mereka sendiri. Itupun bagi persatuan negeri yang berkemampuan. Begitu
juga dengan MSN yang menjalankan Program Pembangunan Bola Sepak sendiri dibawah
pengawasan pengarah teknikal Lim Kim Chon di seluruh Negara. Adakah program
yang dijalankan oleh MSN ini selaras dengan perancangan pembangunan FAM? Hanya
FAM sahaja yang tahu!!!
Aku mengharap FAM dapat menyediakan satu kertas kerja dalam
menyelaraskan pembangunan bola sepak akar umbi terutamanya bawah 10th. Kepada
persatuan disetiap negeri untuk kemajuan bola sepak Negara dalam jangka masa 10
hingga 20 tahun mendatang. Ini penting kerana dengan kertas kerja inilah FAM
dapat meletakkan matlamat dan sasaran kemajuan bola sepak Negara. Jadi FAM: SELARASKAH PEMBANGUNAN AKAR UMBI DENGAN NEGERI?
Sekian
Thanks for postinng this
ReplyDeleteGreaat post
ReplyDelete