Sudah kita ketahui pasukan mana yang layak ke peringkat separuh akhir Piala FA 2012. Aku mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya. Namun aku ingin memberi pujian kepada pasukan “underdog” Sime Darby FC yang berjaya membuktikan bahawa pemain2 mereka mampu untuk menyaingi kehebatan Johor FC yang berada di dalam Liga Super. Aku tahu rata2 pemain Johor FC yang dibawa oleh K.Devan merupakan pemain terbaik di Johor dan Negara. Dengan nilai kontrak yang di tawarkan kepada pemain2 pasti sungguh berbaloi!!! Tetapi “Apakah result yang diberikan?” di Liga Super pun Johor FC berada di tangga ke 11. Sudah pasti ini akan memberi tekanan kepada K. Devan, sekiranya tidak membuat sesuatu kepada pasukan Johor FC dalam masa terdekat ini sudah pasti beliau akan menerima tindakkan daripada pihak pengurusan. Jadi buat lah sesuatu Coach Devan “Perahlah segala idea dan pengalaman yang ada” sebelum menerima tindakkan. Lupakan dulu masalah ini.
Yang menjadi perhatian aku minggu ini ialah pertemua 2 pasukan yang kini berada di kelompok teratas Liga Super iaitu Lions xii vs T-Team. Kita semua sudah pasti disajikan dengan satu pertemuan yang menarik, penuh dramatik dengan aksi2 permainan bermutu tinggi akan dipamerkan oleh kedua2 pasukan. Tetapi yang lebih menarik “Adakah pemain kedua2 pasukan ini mampu berperang dengan psikologi mereka sendiri?”. Ini aku perkatakan kerana peminat bola sepak sudah ketahui kedua2 pasukan teratas Liga ini kecundang diperingkat Suku Akhir saingan Piala FA 2012 tempoh hari. “Mampukah kedua pemain pasukan ini bangkit daripada kekecewaan yang mereka alami”. Ketika inilah kita ingin melihat sejauh mana semangat berpasukan yang akan dipamirkan oleh kedua pasukan termasuk pihak pengurusan mereka serta kekuatan mental yang ada pada diri pemain kedua2 pasukan. Sebab itu aku katakan mereka akan "Berperang dengan diri sendiri".
Singapore Lions xii
T-team
Aku juga ingin melihat “Adakah satu perubahan taktikal dan strategi yang akan dilakukan pasukan T-Team!” oleh jurulatihnya Yunos Alif. Aku perhatikan T-Team hanya bergantung kepada dua pemain sahaja iaitu Zairo dan Faiz untuk melakukan gerak2 yang menarik dan menjaringkan gol. Sepatutnya ini tidak berlaku, pemain2 lain perlu mengambil kesempatan untuk membuktikan bahawa diri mereka juga boleh melakukan jaringan seperti Tunku, Khairul, Fadzli dan Hasbullah. Ini aku bangkitkan bukannya apa, sekiranya Zairo dan Faiz diikat oleh pertahanan Lions Xii. Siapakah yang akan mengambil peranan untuk menjaringkan gol?
Ini yang aku lihat ketika T-Team vs Kedah ketumpulan bahagian serangan mereka yang membawa kekalahan. Memang bermain secara berpasukan tetapi sekiranya hanya seorang dua sahaja yang boleh membawa jaringan dan kemenangan kepada pasukan. Dimankah pula peranan yang lain2. Maka dengan itu pemain2 lain perlulah berkerja lebih keras untuk memajukan diri, demi kebaikkan kepada pasukan dan masa depan mereka sendiri. Bukan apa, aku katakan ini, aku ingin melihat pasukan T-Team dapat menewaskan Lions xii. Pasal aku ingin lihat kedudukan di atas carta Liga Super tahun ini di dominasi dan kuasai oleh pasukan2 tempatan, bukan pasukan yang menempel dalam Liga kita.
Sekian
Salam,
ReplyDeleteSaya jumpa blog tuan. Hmm..Mungkin saya bukan peminat bolasepak, atau mana-mana sukan secara fanatik. Tapi,sejak Red Warriors menyinar, saya mula meminati sedikit untuk join suami menonton ketika ada kelapangan.
Jemput tuan ke blog saya. Saya usahawan yang menjalankan perniagaan supplemen dari jenama SHAKLEE. Memang ada supplemen yang sesuai untuk athlete seperti (http://vitabest.blogspot.com)