Assalamualaikum
Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada semua peminat bola sepak
tanahair. Walaupun umat Islam sedang mengecapi kemeriahan Syawal setelah sebulan berpuasa, saingan bola sepak
tanahair juga meriah dengan kerancakkan ERA Piala Malaysia edisi 2012 yang
sedang berlangsung diperingkat kumpulan. Banyak kejutan2 yang dilakukan oleh
pasukan2 bukan pilihan yang bangkit untuk mempamirkan aksi terbaik mereka
terutamanya dua pasukan Liga Premier, Pahang dan ATM yang memberikan persembahan
berkualiti untuk memastikan pasukan mereka mampu mencita sejarah dalam saingan
bola sepak tanahair. Tahniah sekali lagi aku mengucapkan kepada pasukan ini.
Namun yang ingin aku bangkitkan di sini berkenaan dengan pegawai2
tertinggi persatuan bola sepak di Negara kita yang terlalu banyak memeggang
jawatan baik di FAM atau persatuan negeri. Di sini menjadi persoalannya! “Dimanakan fokus mereka2 ini dalam menjalankan tanggungjawab tugasan2 dalam
pentadbiran mereka?”. Ini yang berlaku baik di FAM atau persatuan negeri.
Janganlah terlalu mengejar jawatan untuk kepentingan sendiri, sehingga
“apa yang dikendung keciciran yang dikejar tak dapat”. Yang lebih penting
“Apakah perancangan dan idea2 baru mereka untuk kebaikkan persatuan mengikut
landasan serta halatuju serta objektif penubuhan persatuan itu sendiri”.
Berilah peluang kepada muka2 baru, terutamanya bekas2 pemain yang
mempunyai kredibiliti serta kemampuan untuk mentadbir. Ini kerana bekas2 pemain
tahu, Apakah yang perlu mereka lakukan mengikut pengalaman mereka, demi
kebaikkan generasi masa kini dan mendatang.
Kita perlu mencontohi negara2 yang lebih maju dalam pentadbiran bola
sepak seperti di Eropah yang memberi peluang kepada bekas2 pemain untuk
mengetuai kelab2 ataupun persatuan bola sepak mereka. Begitu juga dengan bekas2
pemain di Negara kita perlu mencari ruang2 bagaimana ingin membantu bagi
memastikan tahap pentadbiran di persatuan benar2 professional sepertimana kita
berbangga dengan liga professional di Negara kita. Dengan itu aku berharap
bekas2 pemain bangkitlah untuk membantu memperjuangkan hak pemain2 kita.
Sekian